Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    ASEAN anjur latihan tentera bersama pada September

    JAKARTA, 8 JUN – ASEAN akan mengadakan latihan ketenteraan bersama berskala besar di Laut China Selatan yang dikenali sebagai Laut Natuna Utara di Indonesia, pada September, dengan 11 kontinjen tentera terlibat, menurut Komander kata Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Yudo Margono.

    “Kami akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di Laut Natuna Utara, yang akan dikenali sebagai Latihan Solidariti ASEAN (ENatuna) atau Asec01N,” kata Margono selepas Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN di Nusa Dua, Bali hari ini.

    Latihan itu dijadualkan berlangsung pada September dan akan menumpukan kepada keselamatan, penyelamatan maritim serta perkhidmatan sosial di rantau Natuna yang akan melibatkan tentera darat, tentera laut dan tentera udara angkatan tentera ASEAN.

    Latihan itu tidak termasuk operasi tempur, menurut Margono.

    Timor-Leste juga dijangka mengambil bahagian dalam latihan itu ketika negara itu berusaha untuk menyertai ASEAN dalam tempoh terdekat, kata beliau itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...