Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN bakal jadi ‘lubuk Daesh’ jika isu Rohingya tidak ditangani

    KUALA LUMPUR, 20 Sept – Keadaan yang tidak menentu berhubung isu Rohingya di negeri Rakhine, harus ditangani segera, atau ia akan menjadi tempat pembiakan subur merekrut ekstremis, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

    Ketika menyuarakan kebimbangan Malaysia mengenai perkara itu, Anifah berkata kebimbangan itu boleh menjadi kenyataan memandangkan kumpulan militan Daesh berminat untuk menjadikan Asia Tenggara dan Asia Selatan sebagai sarang baharu mereka dan akan mengambil kesempatan daripada krisis itu.

    “Sekiranya ini berlaku, Malaysia dan negara-negara jiran akan menanggung situasi ketidakstabilan yang serius di rantau ini (ASEAN),” katanya pada sesi Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai minoriti Islam Rohingya di Myanmar yang diadakan di Bangunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), New York semalam.

    Anifah berkata, memandangkan Malaysia mengulangi komitmennya untuk terus memberi sokongan dan membantu kerajaan Myanmar menangani cabaran kompleks di negeri Rakhine, negara itu juga mestilah menghentikan tindakan ketenteraan dengan segera dan membenarkan kemasukan tanpa had untuk penyampaian bantuan kemanusiaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda