ASEAN-China jalin kerjasama

NANNING, CHINA, 10 SEPT- Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China berikrar untuk meningkatkan lagi kerjasama mengenai kecerdasan buatan (AI) dengan negara ASEAN, lapor agensi berita Xinhua. Pengerusi kerajaan serantaunya, Chen Wu, berkata Guangxi akan aktif menggalakkan kerjasama teknikal, perdagangan, pelaburan dan pertukaran industri.

Wilayah itu juga antara lain akan mempercepatkan pembinaan infrastruktur, perkongsian maklumat dan kerjasama teknikal, kata Chen pada Sidang Kemuncak Pertama AI China-ASEAN. Guangxi, yang mempunyai hubungan laut dan daratan dengan ASEAN, sedang membina Pelabuhan Maklumat China-ASEAN untuk meningkatkan kerjasama digital dengan Asia Tenggara. – Bernama