Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    ASEAN COCI bincang cadangan projek baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Mesyuarat Komiti Kebudayaan dan Penerangan ASEAN (ASEAN COCI) ke-57 telah diadakan di Hoi An, Vietnam, kelmarin, dengan tema Digital Transformation: Access For All.

    Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah selaku Pengerusi Kebangsaan ASEAN-COCI Negara Brunei Darussalam, yang disertai oleh Sekretariat Kebangsaan ASEAN-COCI Negara Brunei Darussalam, pegawai dari Jabatan Penerangan, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) dan KKBS.

    Mesyuarat juga dihadiri oleh para perwakilan dari semua negara anggota ASEAN termasuk Sekretariat ASEAN.

    Mesyuarat-mesyuarat Sub-Komiti ASEAN-COCI dalam bidang Kebudayaan dan Sub-Komiti ASEAN-COCI dalam bidang Penerangan telah bersidang serentak pada 23 November.

    Manakala itu, satu mesyuarat tidak rasmi antara ketua-ketua delegasi ASEAN-COCI dan pengerusi-pengerusi SCC dan SCI serta Sekretariat ASEAN telah diadakan pada 22 November.

    Dr Siti Norkhalbi bersama perwakilan dari semua negara anggota ASEAN bergambar ramai selepas mesyuarat tersebut. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    Pembukaan rasmi mesyuarat disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Vietnam, Tuan Yang Terutama Hoang Dao Cuong.

    Sementara itu, mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Vietnam, Nguyen Phuong Hoa selaku Pengerusi Kebangsaan ASEAN-COCI Vietnam dan Dr Siti Norkhalbi selaku timbalan pengerusi.

    Delegasi ke mesyuarat tersebut turut diraikan dengan Majlis Makan Malam Gala dan Persembahan Kebudayaan yang dihoskan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Vietnam di Bandar Sejarah Hoi An.

    Negara Brunei Darussalam melalui kedua-dua sub-komiti telah mengongsikan laporan terkini bagi projek-projek yang sedang dan telah dilaksanakan.

    Mesyuarat turut mengongsikan status projek negara-negara ASEAN, status draf semakan terkini ASEAN Cultural Fund Handbook, cadangan bagi mengadakan evaluasi projek-projek yang dibiayai oleh ASEAN Cultural Fund.

    Di samping itu, mempertimbangkan dan meluluskan cadangan projek baharu tahun kewangan 2023 bagi kedua-dua sub-komiti dari negara anggota ASEAN. Negara Brunei Darussalam turut memaklumkan bahawa Mesyuarat ASEAN COCI ke-58, akan diadakan di Brunei pada tahun depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...