JAKARTA, 20 OKT – ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan negara anggotanya menandatangani Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif (ASEAN-EU CATA).
Perjanjian itu ditandatangani pada Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN ke-28 di Bali, Indonesia pada 17 Okt.
ASEAN-EU CATA merupakan perjanjian pengangkutan udara blok ke blok pertama di dunia yang mencerminkan dasar terkini dalam peraturan pengangkutan udara, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA). Rundingan mengenai perjanjian itu bermula pada 2016 dan berakhir pada 2 Jun 2021.
Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi berkata perjanjian itu akan mewujudkan sinergi yang lebih harmoni dalam usaha mempercepat pemulihan ekonomi, terutama perhubungan udara antara ASEAN dan Eropah, selain merancakkan semula ekonomi global, khususnya di rantau ASEAN dan EU. – Bernama