Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar

    JAKARTA, 6 JUN – Pusat Koordinasi ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana (AHA Centre) akan menggerakkan dua kumpulan terakhir barangan bantuan ke Myanmar pada 16 dan 22 Jun melalui jalan laut.

    Bantuan kemanusiaan terbabit bagi menyokong usaha bantuan kecemasan di Myanmar susulan bencana buruk akibat Siklon MOCHA bulan lalu serta mencerminkan solidariti ASEAN terhadap rakyat mereka.

    Barang bantuan itu terdiri daripada barang bukan makanan, kit kebersihan diri dan sanitasi, dan dijangka tiba di negara itu pada 20 dan 27 Jun, menurut kenyataan pengerusi ASEAN.

    Kumpulan pertama bantuan kemanusiaan ASEAN tiba di Myanmar pada 21 Mei dan merupakan antara sokongan kecemasan pertama yang diterima oleh komuniti terjejas.

    ASEAN juga telah memulakan perbincangan dalaman mengenai sokongan yang mungkin bagi fasa pemulihan berdasarkan penilaian Pasukan Tindak Balas dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ERAT).

    ASEAN-ERAT telah menyiapkan penilaian keperluan awal mereka di kawasan yang terjejas pada 30 Mei.

    Sehingga 2 Jun, AHA Centre menyerahkan barangan bantuan untuk komuniti yang terjejas di daerah Sittwe, Rathedaung, KyaukTaw, dan Ponnagyun.

    Barang bantuan bernilai AS$1.64 juta dihantar ke Myanmar dari pusat logistik kecemasan bencana ASEAN di Subang, Malaysia. – Bernama

    Gambar bertarikh 15 Mei menunjukkan kanak-kanak berjalan melintasi sebuah bangunan yang rosak akibat Siklon Mocha di Myanmar. AHA Centre akan menggerakkan dua kumpulan terakhir barangan bantuan ke Myanmar pada 16 dan 22 Jun melalui jalan laut. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...