Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN hargai sumbangan China

    Kebawah Duli semasa berkenan mengurniakan titah pada Majlis Pembukaan CAEXPO dan CABIS Ke-14, di Nanning, China. – Gambar oleh Infofoto

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    NANNING, China, 12 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China (CABIS) ke-14; dan Pavilion City of Charm Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC) di Nanning, China.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada majlis pembukaan tersebut, Baginda menghargai Ekspo China-ASEAN ke-14 sebagai ekspo utama yang memperlihatkan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berdaya tahan antara ASEAN dan China.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda