Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    ASEAN harus memulakan dialog Indo-Pasifik

    KUALA LUMPUR, 18 MEI – ASEAN dicadang memulakan dialog Indo-Pasifik yang inklusif termasuk melibatkan China dan India dalam perbincangan demi meningkatkan kerjasama serantau dan menangani cabaran di rantau ini, kata Profesor Adjung Institut Asia-Eropah (AEI) di Universiti Malaya, Prof Dr Johan Saravanamuttu.

    Beliau berkata inisiatif itu akan mencerminkan komitmen ASEAN bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini, serta hasratnya untuk memudahkan penglibatan terbuka dan membina antara negara.

    “Dengan mewujudkan ruang untuk perbincangan terbuka, dialog Indo-Pasifik akan menjadi peluang yang baik untuk menangani isu-isu seperti perdagangan dan kerjasama ekonomi, kemampanan dan lain-lain,” katanya pada forum sebelum pelancaran Projek Indo-Pasifik.

    Projek bertemakan ‘Outreach on the Indo-Pacific Strategy: A Quadrilateral Outreach and Research Initiative in partnership with 18 Malaysian Institutions on 7 Pillars of the EU’s Strategy for Cooperation in the Indo-Pacific’ telah dilancarkan di AEI pada Khamis.

    Ia dilancarkan oleh Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas, Duta Belanda ke Malaysia, Jaap Werner dan Duta Besar Sweden ke Malaysia, Joachim Bergstrom.

    Prof Dr Johan berkata ASEAN, sebuah badan serantau yang terdiri daripada 10 negara anggota, sudah mempunyai Tinjauan ASEAN ke atas Indo-Pasifik yang membayangkan ‘ASEAN Centrality’ sebagai prinsip asas dalam menggalakkan kerjasama di rantau Indo-Pasifik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...