ASEAN, India kaji semula FTA

NEW DELHI, 11 SEPT – ASEAN dan India bersetuju mengkaji semula perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ditandatangani pada 2009, untuk menjadikannya lebih mesra perniagaan dan meningkatkan hubungan ekonomi dua hala, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Justeru itu, kedua-dua pihak bercadang menubuhkan jawatankuasa bersama, menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat antara Menteri Ekonomi ASEAN dan Menteri Perdagangan dan Industri India Piyush Goyal di Bangkok pada 10 September.

Menteri-menteri juga bersepakat untuk memulakan kajian semula berhubung perjanjian mengenai barangan bagi menjadikannya lebih mudah dan mesra pengguna. – Bernama