ASEAN komited bangun komuniti lebih penyayang, inklusif

Oleh Sim Y. H.

ASEAN komited untuk menghapuskan segala jenis buli terhadap kanak-kanak bagi membangun sebuah Komuniti ASEAN yang lebih penyayang, inklusif, peka dan mesra terhadap kanak-kanak.

ASEAN mengambil maklum perbuatan buli merupakan satu tingkah laku yang berterusan atau dilakukan berulang-ulang dengan hasrat untuk mencederakan atau menyebabkan kesusahan kepada seseorang di mana ia boleh bersifat fizikal, percakapan atau perhubungan yang berlaku secara dalam talian atau luar talian, dengan niat bermusuhan serta melibatkan ketidakseimbangan kuasa yang diperhatikan atau dirasakan.

Selain daripada itu, ASEAN adalah amat bimbang mengenai kesan buruk dan berpanjangan perbuatan buli kepada pembangunan sosiobudaya, fizikal dan psiko-emosi, kesihatan, keyakinan diri, harga diri dan kebajikan keseluruhan kanak-kanak di ASEAN terutamanya kerana ia tidak dapat dilihat secara fizikal.

Dalam hubungan itu, ASEAN mengesahkan lagi komitmennya untuk mengenal pasti laluan yang jelas bagaimana perlindungan boleh diberikan dalam kejadian kes buli dalam kalangan kanak-kanak. Ke arah itu, pemimpin-pemimpin ASEAN yang bersidang pada sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 yang berlangsung secara persidangan video pada 26 Oktober lalu telah bersama-sama menyokong Deklarasi Penghapusan Buli Terhadap Kanak-kanak di ASEAN.

Menerusi deklarasi yang dipersetujui itu, para pemimpin ASEAN bersetuju untuk mengukuhkan usaha bersama dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mempromosikan dan melindungi kanak-kanak dalam ASEAN daripada segala jenis perbuatan buli dalam tetapan yang berbeza, memastikan bahawa kepentingan dan kebajikan terbaik mereka dipertahankan.

Manfaatkan pelbagai jenis intervensi termasuk penggunaan media sosial terhadap kaedah pembelajaran yang inovatif bagi menyokong interaksi kreatif kanak-kanak di Internet.
Perbuatan buli merupakan satu tingkah laku yang berterusan dengan hasrat untuk mencederakan atau menyebabkan kesusahan kepada seseorang di mana ia boleh bersifat fizikal, percakapan atau perhubungan yang berlaku secara dalam talian atau luar talian.
Para pemimpin ASEAN bersetuju untuk mengukuhkan usaha bersama dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mempromosikan dan melindungi kanak-kanak dalam ASEAN daripada segala jenis perbuatan buli.

Pemimpin ASEAN juga menekankan perlunya bagi meningkatkan pembaikan akses kepada sebuah mekanisme atau talian bantuan bagi melaporkan kes-kes buli kanak-kanak yang efektif serta boleh diakses oleh kanak-kanak dan orang ramai serta pada masa yang sama, menghormati hak privasi kanak-kanak yang terlibat dan juga mereka yang memberikan laporan, selaras dengan undang-undang, dasar dan peraturan kebangsaan negara-negara anggota ASEAN.

Mekanisme laporan berkenaan boleh memperkasa kanak-kanak untuk menjadi ejen perubahan dengan mereka berupaya untuk tampil ke hadapan sendiri atau bagi kanak-kanak lain yang berada dalam keadaan dibuli.

Para pemimpin juga bersetuju untuk mempromosikan sebuah budaya pencegahan yang mendidik dan memperkasa orang ramai, mengesan, mencegah dan memberikan respons segera kepada perbuatan buli ke atas kanak-kanak melalui pendekatan penglibatan, bersepadu, pelbagai disiplin, merentas sektor dan holistik daripada pembangunan keluarga, pendidikan komprehensif dan inklusif, perubahan tingkah laku dan norma sosial, literasi digital, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan sosial, memperkasakan ekonomi dan mengukuhkan kerja sosial serta empati kognitif dan afektif.

Para pemimpin ASEAN juga mengukuhkan usaha untuk menangani pemacu dan punca perbuatan buli terhadap kalangan kanak-kanak termasuk perbuatan buli dalam alam siber dan impaknya, keluarga mereka dan komuniti menerusi penjanaan maklumat statistik yang bersesuaian dan relevan dan data usia dan jantina yang dipisah-pisahkan serta untuk mengendalikan pertukaran pembelajaran dan dialog, di mana antara lain, mengambil kira konteks kebangsaan negara-negara anggota ASEAN untuk menghasilkan tindakan dan penyelesaian praktikal bagi mempercepatkan usaha bagi menghapuskan perbuatan buli dalam ASEAN.

Pada masa yang sama, ASEAN juga akan membangunkan sistem perlindungan kanak-kanak yang responsif dan inklusif serta langkah-langkah melindungi mereka bagi negara-negara anggota ASEAN sesuai dengan peraturan, dasar dan undang-undang kebangsaan yang sedang berjalan, yang boleh dilaksanakan kepada komuniti dalam ASEAN bagi memastikan respons efektif bagi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan kepada kanak-kanak, keluarga mereka dan sekolah-sekolah dalam situasi buli di dalam talian atau luar talian.

Para pemimpin turut menggalakkan aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pembangunan kapasiti dilaksanakan bagi mencegah perbuatan buli kanak-kanak di kalangan kanak-kanak, ibu bapa, keluarga, penjaga, pendidik, pekerja sosial, kakitangan perubatan, agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi relevan seperti sekolah, organisasi media, pembekal perkhidmatan, organisasi awam, rakan-rakan komuniti serta pelakon-pelakon lain yang relevan.

Mereka juga menggalakkan pemba- ngunan program-program pendidikan termasuk pembangunan kapasiti dalam kemahiran sosial dan kehidupan serta strategi-strategi komunikasi dengan pesanan-pesanan positif atau membina yang akan menegaskan kepada kanak-kanak itu untuk mempromosikan kefahaman yang lebih baik warga ASEAN kepada isu-isu buli kanak-kanak serta impaknya kepada masyarakat. Di samping itu, ia juga bagi menyokong interaksi kreatif dan selamat kanak-kanak di Internet dengan memanfaatkan pelbagai jenis intervensi termasuk media sosial, kaedah dan peralatan pembelajaran inovatif serta juga platform-platform dalam talian lain, dengan mengambil manfaat daripada peluang-peluang bagi penggunaan teknologi digital.

Para pemimpin ASEAN juga akan memperbaiki keberadaan dan akses kepada perkhidmatan sokongan dan sistem rujukan bagi kanak-kanak dan orang ramai yang berkenaan dalam melaporkan kes-kes buli terhadap kanak-kanak serta memastikan ia adalah selamat, boleh diakses dan sulit mengikut peraturan, dasar dan undang-undang negara-negara anggota ASEAN.

Para pemimpin juga akan memanfaatkan dan mengukuhkan kerjasama serantau yang sedia ada dengan organisasi antara kerajaan serantau dan rakan-rakan pembangunan, agensi-agensi UN, organisasi bukan kerajaan, organisasi pertubuhan awam, rakan-rakan komuniti serta pelakon-pelakon relevan, antara lain selaras dengan konteks negara, untuk memperkasa dan melindungi kanak-kanak dengan lebih baik, khususnya mereka yang berada dalam keadaan terdedah daripada semua jenis perbuatan buli.

Pemimpin-pemimpin ASEAN menggalakkan badan-badan sektoral ASEAN yang relevan dalam tiga tonggak Komuniti ASEAN untuk mempromosikan dan menyokong deklarasi berkenaan serta menugaskan Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN bagi Pembangunan dan Kebajikan Sosial (AMMSWD) dengan sokongan ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) dan Pegawai-pegawai Kanan bagi Pembangunan dan Kebajikan Sosial (SOMSWD) untuk membangunkan sebuah peta jalan bagi mengoperasikan deklarasi berkenaan serta menggerakkan sumber bagi menyelaras, memantau dan melaporkan perkembangan pelaksanaannya dengan kerjasama badan-badan sektoral ASEAN dan rakan-rakan relevan yang lain.