ASEAN komited tingkat ikatan kekeluargaan tradisional

Oleh SIM Y. H.

ASEAN mengenali dan mengambil maklum institusi keluarga tradisional memainkan peranan yang penting sebagai asas pembangunan masyarakat yang menyediakan barisan pertama dalam penjagaan serta sokongan bagi memupuk pembangunan dan daya tahan penduduknya.

Mengenali struktur keluarga tradisional dan kekuatan serta keupayaan untuk menyediakan asas komuniti yang kukuh bagi warga ASEAN untuk menyesuaikan diri kepada perkembangan yang baharu muncul, krisis serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, pemimpin-pemimpin ASEAN yang bersidang pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 yang berlangsung secara persidangan video pada 26 Oktober lalu telah bersama-sama menyokong deklarasi Bandar Seri Begawan bagi pentingnya keluarga untuk pembangunan komuniti dan pembinaan negara.

Menerusi deklarasi yang dipersetujui itu, para pemimpin ASEAN bersetuju untuk mengukuhkan usaha bersama dengan membangunkan sebuah strategi seluruh ASEAN (Whole-of-ASEAN) bagi pendekatan berpusatkan keluarga yang holistik yang mengukuhkan pembangunan serta kesejahteraan keluarga, kedayatahanan keluarga dan perpaduan keluarga untuk menyesuaikan diri kepada cabaran dan menangani isu-isu yang baru muncul serta kebimbangan keluarga secara amnya, melalui pengenalan Hari Keluarga ASEAN yang akan diraikan pada Mei setiap tahun.

Para pemimpin juga bersetuju bagi membangunkan dan meningkatkan dasar-dasar pro-keluarga dan undang-undang untuk mengukuhkan institusi keluarga tradisional selaras dengan undang-undang negara, dasar dan peraturan yang sedang berjalan.

Undang-undang dan dasar-dasar berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi dan mempromosi kepentingan keluarga daripada segi keperluan, risiko dan kelemahan semua dan keluarga berkenaan.

Para pemimpin negara-negara ASEAN bersetuju bagi membangunkan dan meningkatkan dasar-dasar pro-keluarga dan undang-undang untuk mengukuhkan institusi keluarga tradisional selaras dengan undang-undang negara, dasar dan peraturan yang sedang berjalan.
Institusi keluarga tradisional memainkan peranan yang penting sebagai asas pembangunan masyarakat yang menyediakan barisan pertama dalam penjagaan serta sokongan bagi memupuk pembangunan dan daya tahan penduduknya.

Ia juga akan memudahkan pelaburan dalam dan akses kepada sokongan, penjagaan, perlindungan dan perkhidmatan keluarga yang berkualiti untuk memastikan bahawa keperluan mustahak bagi kelangsungan, kedayata-hanan, sara diri dan kesejahteraan mereka adalah dipromosikan, dikejar serta dilindungi.

Di samping itu, para pemimpin menekankan usaha untuk memupuk kehidupan keluarga yang selamat dengan mengurangkan kejadian kemiskinan, penyisihan dan kekejaman di dalam dan luar keluarga dalam ASEAN sambil mempertingkatkan usaha penerimaan, hormat-menghormati, harmoni, dialog membina dan kebersamaan.

Para pemimpin turut menekankan usaha penubuhan sistem sokongan penjagaan berintegrasi berasaskan komuniti untuk membantu keluarga sebagai penjaga utama menyediakan pelindungan, bantuan dan perkhidmatan penjagaan yang diperlukan kepada kanak-kanak, warga emas, wanita dan individu-individu berkeperluan khas serta pada masa yang sama, membolehkan peranan efektif keluarga tradisional dalam meningkatkan kebajikan masyarakat, kesejahteraan, perlindungan sosial dan pembinaan negara.

Usaha juga ditekankan kepada

mengukuhkan struktur dan sistem sokongan kondusif khususnya di peringkat komuniti bagi memanfaatkan respons yang efektif untuk menangani isu-isu sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh keluarga tradisional, dengan mengambil kira peluang-peluang daripada penggunaan teknologi digital, inovasi dan kesalinghubungan antara lainnya.

Penekanan juga dibuat bagi meningkatkan lagi kapasiti institusi dan manusia dalam penilaian dan peranan pelbagai disiplin serta sektor, penyelidikan dan analisis dasar, pembangunan kapasiti dan penyampaian perkhidmatan bagi pihak-pihak yang berkepentingan dengan penglibatan aktif keluarga.

Para pemimpin turut menekankan bagi pembangunan strategi untuk menyokong harmoni kerja-kehidupan dan tanggungjawab bersama serta pengukuhan institusi keluarga tradisional seperti melalui susunan pekerjaan fleksibel, skim sokongan pekerja dan skim cuti serta persekitaran keluarga yang selamat dan menyokong.

Penekanan kepada mempromosikan kesaksamaan jantina termasuk perkongsian saksama tanggungjawab keluarga dalam sumbangan dan penglibatan saksama lelaki dan wanita dalam pembangunan sosial dan keluarga apabila merangka dasar-dasar berkaitan dengan keluarga dan perkahwinan.

Para pemimpin juga menekankan kepada pengukuhan hubungan keluarga dengan mengejar gaya hidup yang sihat, menanam nilai-nilai keluarga positif, kesihatan mental, komunikasi efektif dan memupuk kesihatan mental yang baik dan terbuka.

Selain itu, usaha juga diperkukuhkan bagi memupuk kerjasama dalam membangunkan perkhidmatan kerja sosial berasaskan komuniti atau berasaskan keluarga yang berkualiti tinggi bagi warga khususnya kumpulan yang kurang bernasib baik disebabkan oleh keadaan yang sukar, untuk menyumbang kepada mengukuhkan pembangunan dan kesejahteraan keluarga.

Para pemimpin ASEAN juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam ASEAN dan rakan-rakan luarnya dalam berkongsi pelajaran kejayaan dan pengalaman berhubung topik-topik berkaitan perkahwinan serta berkaitan keluarga.

Mereka juga memberikan penekanan kepada usaha untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat meningkatkan kekuatan keluarga serta memudahkan pelindungan bagi semua ahli keluarga dan komuniti daripada sebarang pandemik kesihatan dan bantuan bagi kesejahteraan dan kelangsungan keluarga dan komuniti.

Para pemimpin ASEAN menggalakkan badan-badan sektoral ASEAN yang relevan dalam tiga Tonggak Komuniti ASEAN bersama-sama dengan

organisasi masyarakat awam, institusi akademik, sektor swasta, rakan-rakan komuniti dalam ASEAN untuk mengukuhkan kolaborasi bagi pelaksanaan deklarasi yang telah dipersetujui bersama.

Para pemimpin ASEAN menugaskan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN bagi Pembangunan dan Kebajikan Sosial (AMMSWD) dengan sokongan daripada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan bagi Pembangunan dan Kebajikan Sosial (SOMSWD) untuk mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan komitmen berkenaan termasuk menggerakkan sumber-sumber yang bersesuaian dan mengadakan tinjauan sistematik bagi pelaksanaannya.