Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN masih belum putus asa

    KUALA LUMPUR, 27 JUN – Susulan hasrat negara anggota ASEAN untuk membida Piala Dunia 2034, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia berjumpa Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, selepas negara itu dilaporkan turut berminat membida bagi edisi 2030.

    Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata matlamat utama pertemuan itu adalah bagi mengetahui pendirian sebenar China, yang difahamkan masih belum mengumumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut.

    Menurut Syed Saddiq, Malaysia ketika ini berpegang teguh mahu membida kejohanan berprestij dunia itu bersama negara ASEAN lain.

    “Kita faham jika China menang pada bidaan 2030, bermakna kita perlu menunggu minimum sehingga 2038. Tetapi kita akan cuba yang terbaik dan pada masa sama perlu berhubung dengan China bagi mengetahui hasrat sebenar mereka kerana saya dengar mereka belum lagi mengemukakan permohonan.

    “Bagi Malaysia, kita telah bermula. PM (perdana menteri) dan Yang di-Pertuan Agong telah memberi persetujuan. Semalam dalam mesyuarat kabinet (PM) mengarahkan kementerian saya bertemu Duta Besar China bagi membincangkan perkara ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) antara Majlis Sukan Negara (MSN), Kool Sport, Asia Pacific Sports, dan Regent International School di MSN di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda