Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘ASEAN perlu ambil peranan kepimpinan di Indo-Pasifik’

    NEW DELHI, 20 JUN – Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) harus mengambil peranan kepimpinan dalam isu-isu Indo-Pasifik daripada sekadar memberi reaksi terhadap tindakan negara lain, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin
    Abdullah.

    Beliau berkata beberapa negara bukan ASEAN telah mengambil inisiatif yang mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kemakmuran rantau itu.

    “Sejak akhir-akhir ini, kami melihat beberapa inisiatif oleh rakan kongsi kami, secara langsung atau tidak, berkaitan dengan ASEAN,” kata menteri itu kepada Bernama dalam satu temu bual sempena Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-India di sini, baru-baru ini.

    Sebagai respons kepada negara-negara besar Barat dan Asia, termasuk India dan China, yang mempergiatkan penglibatan geopolitik mereka di rantau Asia-Pasifik dan Lautan Hindi, ASEAN muncul dengan gagasan “Pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik” (AOIP) pada 2019.

    Ia menekankan bahawa ASEAN harus menerajui pembentukan kerangka ekonomi dan keselamatan rantau ini.

    Saifuddin berpendapat ASEAN tidak seharusnya menggunakan pendekatan sekadar reaksi terhadap perkembangan serantau.

    “Kita perlu menerajui kepemimpinan itu. ASEAN perlu menunjukkan kepemimpinan ketika bercakap mengenai rantau ini daripada hanya bertindak balas terhadap pandangan pihak lain mengenai rantau ini,” katanya.

    Perkara yang sering menjadi tumpuan berita dalam fokus Indo-Pasifik adalah Dialog Keselamatan Negara Quad, lebih dikenali sebagai Quad dan terdiri daripada Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan India.

    Meskipun ia bermula sebagai usaha memberi bantuan kemanusiaan dan bencana oleh empat negara berikutan tsunami Lautan Hindi 2004, ia ditubuhkan secara rasmi pada 2007.

    Ada ketikanya dirujuk sebagai “NATO Asia”, aktiviti Indo-Pasifik Quad berkembang pantas dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini seiring dengan peningkatan pengaruh serantau China.

    “Sekarang, kita ada yang lain juga, kita ada AUKUS, kita ada IPEF,” kata Saifuddin sambil menambah bahawa China juga sedang mencari jalan untuk mengembangkan hubungan dengan pulau-pulau Pasifik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...