Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

ASEAN perlu bersatu tangani serangan siber Korea Utara

KUALA LUMPUR, 16 MAC – Mesej yang padu dan bersatu negara anggota ASEAN termasuk Malaysia perlu untuk menentang aktiviti ancaman siber haram oleh Korea Utara.

Ketua Pengarah Kementerian Luar Korea Selatan bagi Biro Rejim Keamanan Semenanjung Korea, Chun Young Hee berkata aktiviti haram yang menyasarkan institusi kewangan dan pertukaran mata wang kripto wajar ditonjolkan di semua peringkat.

Ini sangat penting kerana ia berpotensi menyumbang kepada peningkatan isu yang berkaitan dengan pembangunan nuklear dan peluru berpandu negara itu.

“Kami percaya mereka menggunakan sumber mereka untuk membangunkan program nuklear dan peluru berpandu. Pada masa kami terus mendesak mereka untuk kembali ke meja rundingan, kegiatan haram ini pula berlaku.

“Untuk itu, kita perlu bekerjasama dan saya berharap Malaysia juga akan bergabung untuk bertindak balas menerusi mesej padu dan bersatu kepada Korea Utara untuk meninggalkan program nuklear dan peluru berpandu dan kembali ke meja rundingan,” kata Chun kepada pemberita selepas majlis perbincangan meja bulat anjuran kedutaan Korea Selatan di sini pada Rabu.

Menurut data yang disediakan oleh kerajaan Korea Selatan, jumlah mata wang kripto yang dicuri oleh Pyongyang sejak 2017 melebihi AS$1.2 bilion dan kira-kira AS$626 juta pada tahun ini sahaja.

Bercakap mengenai lawatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke Jepun pada hari ini, Chun percaya provokasi berterusan dari Korea Utara akan menjadi antara isu yang akan dibincangkan bersama. – Bernama

Chun Young Hee (dua kanan) semasa perbincangan meja bulat yang dianjurkan Kedutaan Korea Selatan kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -