Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – ASEAN terus memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan, mengukuhkan serta meningkatkan kesejahteraan penduduk Asia Tenggara di mana negara-negara anggota ASEAN berpegang teguh kepada prinsip utamanya iaitu satu visi, satu identiti, satu komuniti.
Dalam sejarah penubuhan selama 50 tahun, ASEAN yang bermula dengan lima buah negara pengasas kini menjadi lebih kukuh dengan kesemua 10 negara anggotanya terus mengekalkan usaha dan bersatu dalam membangunkan Komuniti ASEAN.
Perkara itu antara yang disentuh oleh para panel forum semasa Sambutan Hari ASEAN 2017 anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam, Bahagian Hal Ehwal Global dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, hari ini.
(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)