Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ASEAN tidak boleh berdiam diri – Anwar

    MANILA, 2 MAC – Konsensus membuat keputusan terus menjadi prinsip utama ASEAN, namun ia tidak bermakna kumpulan serantau itu harus berdiam diri berhubung perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata kritikan terhadap ASEAN khususnya tertumpu kepada dua prinsipnya iaitu membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan.

    “Hari ini, membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN.

    Bagaimanapun, ini tidak bermakna ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini atau khususnya pelanggaran Piagam ASEAN olehnya anggotanya sendiri.

    “Sejujurnya, saya percaya bahawa tidak campur tangan bukanlah satu lesen untuk sikap tidak ambil peduli,” kata beliau dalam ceramah bertajuk ‘30 Tahun Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat Asean di Universiti Filipina di sini hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan. – Bernama

    Terdahulu, Perdana Menteri telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat daripada senat universiti itu.

    Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari, negara ASEAN kelima dikunjunginya sejak dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada November tahun lepas.

    Mengenai keperluan untuk menggantung sementara Myanmar yang dinyatakannya semasa di Bangkok baru-baru ini, berhubung pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan, perdana menteri menegaskan bahawa adalah penting untuk terus berpegang pada satu daripada cita-cita utama ASEAN, iaitu mempertahankan perjuangan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

    Semasa pertemuan dua hala dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang semalam, Anwar telah meluahkan kebimbangannya tentang isu Myanmar yang masih belum selesai sehingga turut menjejaskan Malaysia susulan jumlah pelariannya yang ramai.

    Beliau berkata jumlah pelarian Myanmar di Malaysia kini melebihi 200,000 orang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...