Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN utamakan biodiversiti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong telah menghadiri Persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Segmen Peringkat Tinggi bertema Ecological Civilization-Building a Shared Future for All Life on Earth melalui persidangan video yang dihoskan oleh Republik Rakyat China pada 12 hingga 13 Oktober.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini, hari ini, menyatakan bahawa selaras dengan tema persidangan, objektif Segmen Peringkat Tinggi itu adalah untuk membina dan mengekalkan momentum politik dalam menyokong rundingan yang sedang berjalan bagi membangunkan sebuah Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) pasca 2020 yang efektif dan terperinci.

    Semasa Segmen Peringkat Tinggi, perbincangan mendalam antara menteri-menteri dan wakil-wakil peringkat tinggi pihak berkepentingan dan pihak bukan berkepentingan bagi pelbagai topik termasuk pemulihan, jurang pembiayaan, pemuliharaan biodiversiti serta inovasi dan ilmu pengetahuan, telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi harapan untuk GBF pasca-2020.

    Kenyataan menyatakan bahawa Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bagi pihak Negara Brunei Darussalam selaku pengerusi ASEAN 2021 dan negara-negara anggota ASEAN telah menyampaikan serta berkongsi Kenyataan Bersama 15th Meeting of the Conference of the Parties to the Covention on Biological Diversity (CBD COP 15 of ASEAN).

    Kenyataan bersama itu mengetengahkan pentingnya biodiversiti ASEAN yang menyediakan pelbagai peluang bagi pembangunan ekonomi dan mata pencarian, pembasmian kemiskinan, teknologi dan inovasi, penyesuaian diri yang efektif menentang impak perubahan iklim serta amat penting bagi membangun daya tahan mene-ntang penyakit-penyakit baharu dan yang baru muncul.

    Negara-negara ASEAN juga bersetuju menggandakan usaha ke atas kawasan-kawasan yang dilindungi khususnya bagi meningkatkan pengurusan taman-taman warisan ASEAN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda