Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

ASEAN+3 bakal menyerlah di persada global

-

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan AMRO

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Rantau ASEAN+3 merupakan salah satu rantau paling dinamik dan pesat membangun di dunia di mana akan terus berkembang dari segi ekonomi serta tahap integrasi ekonominya.

Rantau ini telah menyaksikan peningkatan dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 22 peratus kepada 29 peratus dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini serta diramal akan melepasi 1/3 menjelang 2030.

Dalam tempoh 10 tahun yang mendatang, rantau ini dijangka akan menyaksikan peranannya dalam membentuk agenda dasar global menjadi semakin menyerlah di mana dasar-dasar ASEAN+3 akan mempunyai kesan limpahan yang lebih besar di serata dunia. Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO), Toshinori Doi dalam ucaptama bertajuk Next 10 yeras of AMRO and Regional Financial Cooperation semasa Acara Ulang Tahun AMRO ke-10 yang berlangsung secara hibrid, kelmarin.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama, rantau berkenaan juga harus memikul tanggungjawab yang lebih berat untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan ekonomi menerusi penyelarasan dasar yang lebih rapat.

Beliau berkata peranan AMRO sebagai penasihat dasar yang bebas dan dipercayai bagi rantau berkenaan telah berkembang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini serta telah menyokong ekonomi ahli melalui beberapa kejutan luar termasuk penularan pandemik COVID-19 pada masa ini.

Toshinori Doi menyampaikan ucaptama pada acara yang berlangsung secara hibrid, kelmarin.
AMRO turut melancarkan buku bertajuk Trauma to Triumph-Rising from the Ashes of the Asian Financial Crisis.

Dalam tempoh 10 tahun ini, ulasnya lagi, peranan organisasi berkenaan telah berubah daripada mengenal pasti risiko dan menawarkan nasihat dasar kepada ahlinya menjadi organisasi yang dilengkapi dengan keupayaan kepakaran dalam bidang-bidang penting bagi rantau berkenaan.

Acara secara hibrid itu dihadiri olah pihak-pihak berkuasa ahli dan organisasi rakan antarabangsa termasuk International Monetary Fund (IMF), Asian Development Bank (ADB) dan European Stability Mechanism (ESM) di mana mereka mendedahkan visi masing-masing untuk mengukuhkan pertumbuhan dan daya tahan ekonomi ASEAN+3 menerusi kerjasama serantau.

Semasa acara itu juga, AMRO turut melancarkan buku bertajuk Trauma to Triumph-Rising from the Ashes of the Asian Financial Crisis.

Penerbitan yang pertama seumpamanya itu mengumpulkan kisah-kisah komprehensif daripada penggubal dasar semasa krisis 1997-1998 dan menjadi sebagai catatan sejarah mengenai titik perubahan yang membawa kerajaan di rantau ASEAN+3 untuk bekerjasama dengan lebih rapat bagi menangani kesukaran kewangan serantau masing-masing.

AMRO ditubuhkan pada 2011 oleh ahli-ahli ASEAN+3 yang merangkumi 10 buah negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea di mana ia ditugaskan untuk melaksanakan pemantauan makroekonomi ahli-ahlinya, menyokong pelaksanaan Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM) dan menyediakan bantuan teknikal kepada ahli-ahlinya.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -