Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    ASEAN+3 kekal berdaya tahan 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran baharu daripada pandemik COVID-19 dan ekonomi global, rantau ASEAN+3 dijangka akan kekal berdaya tahan pada 2022.

    Pada masa yang sama, Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) terus mempunyai pandangan yang positif akan pandangan ekonomi ASEAN +3 di mana keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi rantau berkenaan diunjurkan untuk tumbuh sebanyak 4.9 peratus pada 2022.

    Di samping itu, AMRO juga menyatakan bahawa kemunculan varian Omicron pada hujung 2021 telah membawa bersama ketidakpastian yang baharu serta mengembalikan kemajuan pembukaan semula ekonomi.

    Namun begitu, liputan vaksinasi yang tinggi telah mengurangkan risiko bagi sekatan ketat seluruh negara seperti yang dialami semasa hari-hari awal pandemik berkenaan.

    “Rantau ASEAN +3 mempunyai ruang dasar yang mencukupi untuk mengemudi melalui cabaran-cabaran baharu ini dan kekal di atas laluan pemulihannya,” jelas Ketua Pakar Ekonomi AMRO, Dr Hoe Ee Khor semasa taklimat media mengenai Kemas Kini Suku Tahunan Pandangan Ekonomi Serantau ASEAN + 3 yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Dr Hoe Ee Khor memberikan penerangan kepada pihak media semasa sesi taklimat mengenai Pandangan Ekonomi Serantau ASEAN +3 yang berlangsung secara maya, kelmarin.

    Beliau menambah bahawa kebangkitan semula jangkitan terus menjadi risiko kelemahan utama yang ditambah buruk lagi oleh gangguan pada rantaian bekalan global serta tekanan daripada kenaikan harga global.

    Walaupun peningkatan inflasi global akan berkemungkinan mendorong ekonomi maju utama untuk melancarkan semula sokongan monetari yang luar biasa lebih awal atau lebih mendadak daripada yang dijangka, ulas Dr Hoe Ee Khor lagi, kesan limpahan bagi rantau berkenaan adalah berkemungkinan lebih terhad disebabkan oleh kedayatahanan yang lebih besar.

    Beliau turut mengetengahkan dapatan utama daripada kemas kini pandangan itu iaitu momentum pemulihan pada 2021 telah tergendala oleh penularan varian Delta, gangguan rantaian bekalan yang kerap dan inflasi global yang meningkat.

    Selain itu, kemunculan varian Omicron yang lebih berjangkit juga menjadi ancaman kepada usaha pemulihan berterusan rantau berkenaan pada 2022 tetapi kadar vaksinasi yang tinggi telah mengurangkan risiko berkenaan.

    Beliau turut menyatakan bahawa pertumbuhan ASEAN +3 pada 2022 diramalkan terus mantap sekitar kira-kira 5 peratus. Di sebalik cabaran yang muncul dan dihadapi, AMRO kekal mempunyai pandangan yang positif bagi ekonomi ASEAN +3 untuk 2022 dengan pertumbuhan KDNK serantau berada pada kadar 4.9 peratus serta inflasi terus berada di tahap yang rendah iaitu 2.9 peratus bagi 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...