Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ashanty positif COVID-19 selepas pulang percutian

    Isteri kepada Anang Hermansyah, Ashanty dilaporkan positif COVID-19 varian Omicron.

    Menurut laporan CNN Indonesia selebriti itu dijangkiti virus berkenaan ketika bercuti di Turki bersama keluarga baru-baru ini.

    Menerusi media sosialnya, Ashanty dan keluarganya sampai di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

    Penyanyi itu memberitahu dia mula kuarantin di Hotel Sahid selepas tiba di Jakarta.

    Bagaimanapun sehingga kini Ashanty dan Anang masih belum mengesahkan berita tersebut.

    Sebelum ini, Ashanty berkongsi momen ketika dia bercuti di Turki termasuk berkongsi pengalaman suaminya melakukan transplantasi rambut di negara itu.

    Ashanty pernah dijangkiti Covid-19 pada Februari tahun lalu sehingga mengalami sesak nafas. – Agensi

    Isteri kepada Anang Hermansyah, Ashanty dilaporkan positif COVID-19 varian Omicron. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...