Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Ashton Kutcher kesal dituduh curang

PELAKON Ashton Kutcher menafikan gosip yang mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.

Menerusi Twitter, Ashton, 29, kecewa dengan tajuk berita sebuah akhbar yang turut memuat naik fotonya dengan seorang wanita turun dari kapal terbang peribadi.

“Awak patut tahu bahawa Mila sedih apabila dia dapat tahu tentang berita itu sedangkan saya hanya luangkan masa seharian dengan sepupu kami,” tulis Ashton. Ashton dan Mila berkahwin pada 2015 dan pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata, Wyatt Isabelle Kutcher , 2, dan Dimitri Portwood Kutcher, 8 bulan.

Bercerita mengenai anak-anaknya, Ashton berkata dia tidak akan menentukan kehidupan mereka apabila sudah dewasa.

“Kami akan benarkan anak-anak membuat keputusan sendiri sama ada mahu menjalani kehidupan selebriti seperti kami atau tidak. Saya dan isteri tidak mahu membuat pilihan untuk mereka,” katanya dipetik dari Daily Mirror.

Ashton mengesahkan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.
Ashton mengesahkan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -