Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Asia dijangka lalui perubahan penjagaan kesihatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Dengan kehidupan kembali kepada dunia yang lebih normal setelah pandemik COVID-19, adalah amat penting untuk mengkaji semula strategi dan langkah-langkah yang terpaksa diambil semasa pandemik berkenaan.

    “Kita perlu mengambil kira mengenai apa yang berkesan dan apa yang dapat kita lakukan dengan lebih baik, dan bagaimana kita boleh memanfaatkan pelaburan era pandemik kita untuk memaksimumkan pulangan pelaburan jangka panjang.”

    Perkara itu amat penting dalam penjagaan kesihatan di mana ia telah menelan belanja besar kewangan kebanyakan kerajaan untuk memerangi pandemik berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dalam ucapan alu-aluannya pada Persidangan Kesihatan Awam Digital ASEAN ke-2 yang berlangsung di The Empire Brunei, Jerudong, hari ini.

    Dengan kerajaan mengendalikan tinjauan strategik berkenaan, rantau Asia dijangka akan melalui perubahan penjagaan kesihatan yang besar di mana ia diterajui oleh penuaan penduduk yang cepat, jangkaan pengguna yang meningkat, kemajuan teknologi serta infrastruktur kesihatan sedia ada yang terhad di sesetengah negara.

    Kesemua itu, menyediakan situasi yang amat baik bagi membolehkan kerajaan, pemain, penyedia dan pengguna untuk membayangkan semula pengurusan dan penyampaian penjagaan kesihatan, ulas beliau lagi.

    Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Oleh itu, jelasnya, kebanyakan negara dalam ASEAN sedang melihat kepada bagaimana untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan mereka untuk menyediakan tahap penjagaan yang lebih tinggi dan khusus kepada rakyat mereka dalam kaedah yang mampan dan mengurangkan kos yang terus meningkat.

    Teknologi akan menjadi kunci pemboleh untuk merealisasikan senario yang ideal itu, tekan Yang Berhormat Dato dalam ucapannya lagi.

    Keperluan untuk memperbaharui sistem penjagaan kesihatan telah ditekankan sejak penularan COVID-19 di serata dunia kira-kira tiga tahun lalu, yang memusnahkan kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia.

    Namun begitu terdapat hikmah di sebalik pandemik berkenaan di mana ia telah memangkin penerimaan penyelesaian digital dalam penjagaan kesihatan.

    Negara Brunei Darussalam, kata Yang Berhormat Dato, telah mengambil pendekatan yang diselaraskan dan holistik untuk memacu transformasi sistem penjagaan kesihatannya.

    Beliau menerangkan bahawa BruHealth pada awalnya dibangunkan sebagai alat pengurusan pandemik COVID-19 dan dengan penyakit itu menjadi endemik, ia telah melalui evolusi menjadi aplikasi pengurusan kesihatan individu dan kebangsaan untuk memperbaiki hasil kesihatan penduduk.

    Ia membolehkan setiap warga Brunei untuk menjejaki perjanjian perubatan, melihat rekod kesihatan mereka dan menjadualkan konsultasi video dengan doktor, pakar pemakanan atau perkhidmatan klinikal yang lain.

    Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa promosi kesihatan turut dikendalikan melalui aplikasi berkenaan termasuk kempen kebangsaan, BN on the Move yang bermatlamat untuk menggalakkan warga Brunei untuk menjadi lebih cergas selepas COVID-19 dan mencapai 20 bilion langkah bersama.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...