Asia Selatan dibadai hujan monsun

GUWAHATI, INDIA, 16 JULAI – Hujan monsun mencurah-curah membadai seluruh Asia Selatan hari ini, mengorbankan lebih 100 orang beberapa hari kebelakangan dan hampir membanjiri taman rizab, kata para pegawai.

Ratusan maut setiap tahun akibat banjir dan tanah runtuh semasa musim monsun Julai hingga September di rantau yang padat penduduknya, namun para pegawai telah memberi amaran yang banjir besar boleh menjadi terburuk membadai Bangladesh, India dan Nepal.

Manusia dan haiwan turut sama terjejas – di negeri Assam India, sekitar 90 peratus Taman Negara Kaziranga berkeluasan 430km persegi sudah ditenggelami, melemaskan beberapa ekor badak sumbu dan haiwan lain.

“Saya boleh katakan ia adalah banjir terburuk di negeri itu dan di taman beberapa kali,” kata Menteri Perhutanan Assam, Parimal Suklabaidya kepada AFP.

Renjer terpaksa memimpin dua daripada tiga ekor harimau yang berenang di luar kawasan balik semula ke taman, tambahnya. – AFP

Pemandu beca ketika membawa penumpang meredah hujan lebat di Amritsar pada 16 Julai. – AFP