Asia Selatan hadapi kesan buruk pandemik

NEW DELHI, 12 APRIL – Asia Selatan dalam proses menghadapi prestasi ekonomi terburuk dalam tempoh 40 tahun, dengan berdekad-dekad perkembangan memerangi kemiskinan berdepan risiko, disebabkan koronavirus, kata Bank Dunia hari ini.

India, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dan negara-negara kecil lain, yang mempunyai 1.8 bilion penduduk dan beberapa buah bandar yang penduduknya kecil di planet, setakat ini telah melaporkan kes-kes koronavirus dalam jumlah kecil namun pakar-pakar bimbang negara tersebut boleh menjadi ‘hotspot’ sete-rusnya virus terbabit.

Kesan ekonomi teruk sudah pun banyak disaksikan, dengan perintah berkurung besar-besaran membekukan segala aktiviti normal, tempahan-tempahan kilang Barat dibatalkan dan sejumlah besar pekerja miskin tiba-tiba hilang pekerjaan.

“Asia Selatan mendapati ia dalam situasi teruk terhadap kesan bertentangan. Pelancongan malap, rangkaian bekalan terjejas, permintaan pakaian musnah dan sentimen pengguna serta pelabur berkecai,” kata laporan Bank Dunia.

Ia mengurangkan ramalan pertumbuhan bagi rantau itu tahun ini kepada 1.8 hingga 2.8 peratus dari pra-projeksi pandemiknya sekitar 6.3 peratus, dengan kira-kira separuh daripada negara jatuh ke dalam ‘kemelesetan teruk’.

Pelanggan berbaris tidak jauh dari ATM bergerak semasa kerajaan mengenakan lockdown seluruh negara sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19 di Colombo pada 11 April. Bank Dunia meramalkan negara-negara Asia Selatan akan menghadapi prestasi ekonomi terburuk dalam tempoh 40 tahun. – AFP

Negara paling teruk terjejas adalah Maldives di mana kehancuran pelancongan akan mengakibatkan pengeluaran dalam negara kasar menguncup sebanyak 13 peratus, sementara Afghanistan mengecut sekitar 5.9 peratus dan Pakistan sehingga 2.2 peratus.

Sementara India pula, yang fiskal tahunannya bermula 1 April menyaksikan pertumbuhan sekadar 1.5 hingga 2.8 peratus dalam tahun kewangan sekarang, menurun daripada yang dijangkakan 4.8 hingga 5 peratus bagi tahun ini baru saja berakhir, ramal bank tersebut.

Laporan juga menekankan yang pandemik itu akan mengukuhkan lagi ketidaksamarataan di rantau itu, dengan pandemik paling menjejaskan pekerja-pekerja informal dengan mengehadkan atau tiada akses kepada penjagaan kesihatan mahupun keselamatan sosial.

Di India contohnya, perintah berkurung paling besar di dunia telah mencetuskan ratusan ribu pekerja penghijrah untuk kembali ke kampung mereka, dengan berjalan kaki.

Kerajaan-kerajaan perlu ‘mempertingkatkan tindakan bagi mengekang kecemasan kesihatan, melindungi rakyatnya, terutama mereka yang miskin dan terdedah, dan segera bertindak bagi pemulihan ekonomi,” kata Bank Dunia. – AFP