Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Asia Tengah mengalami gangguan bekalan tenaga

    ALMATY, KAZAKHSTAN, 25 JAN – Jutaan penduduk terpaksa bergelap selepas bekalan tenaga terputus di tiga buah negara di Asia Tengah hari ini berikutan kemalangan yang tidak dijelaskan, menurut pegawai di rantau bekas jajahan Soviet.

    Ibu kota Kyrgyzstan dan Uzbekistan serta hab ekonomi Kazakhstan, Almaty terputus bekalan tenaga sekitar tengah hari waktu tempatan, dengan media dan pegawai melaporkan bahawa kawasan pedalaman di tiga-tiga buah negara itu turut terjejas.

    Menteri tenaga Uzbekistan berkata dalam kenyataan menerusi saluran Telegram bahawa bekalan tenaga terputus adalah disebabkan oleh kemalangan di grid tenaga Kazakhstan.

    “Disebabkan kemalangan besar di grid tenaga Republik Kazakhstan, telah mengakibatkan terputus bekalan di bandar Almaty, Sgymkent, Taras, Turkestan di selatan Kazakhstan dan beberapa kawasan lain,” menurut kenyataan.

    “Grid tenaga Uzbekistan, yang bersambung dengan Grid Tenaga Unified, terjejas akibat kemalangan yang menyebabkan perubahan mendadak voltan dan frekuensi bagi 530 kabel dari Kazakhstan,” tambah kenyataan.

    Seorang jurucakap dari kementerian tenaga Kyrgyzstan memberitahu AFP melalui telefon berkata bekalan tenaga terputus ‘disebabkan oleh kemalangan di grid tenaga serantau’. – AFP

    Pegawai polis mengendalikan trafik jalan-raya ketika lampu isyarat tidak berfungsi akibat gangguan bekalan tenaga di Asia Tengah. Tiga negara Asia Tengah mengalami gangguan bekalan tenaga disebabkan kemalangan besar di grid tenaga.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...