Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Asingkan diri jika kurang sihat

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Bagi sesiapa yang mengalami flu atau mempunyai simptom-simptom sama seperti COVID iaitu batuk, selesema dan demam adalah disarankan untuk tidak keluar rumah dan membuat pengasingan diri, walaupun keputusan ujian pantas antigen (ART) yang dibuat menunjukkan negatif.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, menjelaskan perkara ini semasa menjawab persoalan yang diajukan mengenai mereka yang mempunyai keputusan ART negatif tetapi demam.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menasihatkan mereka yang kurang sihat untuk mengulangi langkah melakukan ujian ART pada hari-hari berikutnya dan jika penyakit yang dihidapi berlarutan, mereka disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi memeriksa tahap kesihatan mereka.

“Penyakit demam itu tidak semestinya seseorang itu dijangkiti COVID, ia juga boleh disebabkan oleh flu biasa,” jelas beliau.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -