Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Asingkan produk Brewer’s Yeast Powder

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Produk Brewer’s Yeast Powder jenama NOW (gambar) yang didapati dijual di salah sebuah pasar raya di negara ini telah diarahkan untuk diasingkan penjualannya ke ruang Bahagian Tidak Halal.

    Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) setelah meneliti maklumat yang diperoleh dari laman sesawang NOW Foods dan mendapati produk terbabit dihasilkan melalui proses penghasilan minuman keras iaitu bir.

    Oleh itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga menyarankan kepada semua pengimport, pasar raya dan kedai di negara ini supaya mengasingkan dengan serta-merta jika terdapat produk sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing.

    Sehubungan itu, demi menjaga maslahat masyarakat Islam di negara ini daripada terjebak mengambil produk yang tidak halal atau diragui kehalalannya, KHEU menasihatkan pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk untuk sentiasa peka terhadap produk-produk import yang dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai dengan memastikan produk-produk halal tidak bercampur dengan yang tidak halal.

    Sebarang aduan atau maklumat bolehlah hubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...