Askar AS korban pertempuran
KABUL, 3 Jan – Tentera AS mengatakan seorang anggota askar Amerika terkorban ketika per-tempuran di timur Afghanistan. Kenyataan yang dikeluarkan semalam itu mendedahkan empat orang askar turut tercedera dalam pertempuran Isnin di daerah Achin dalam wilayah Nangarhar. Laporan itu mengatakan dua orang yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan dua orang lagi telah kembali bertugas.


































