KABUL, 9 April – Seorang askar pasukan khas Amerika telah terkorban semasa menjalankan operasi menentang kumpulan Islamic State (IS) di Afghanistan, kata pihak tentera AS.
Pihak tentera Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat (AS) telah berikrar untuk menghapuskan kumpulan itu di kubu kuatnya di wilayah timur Nangarhar ketika IS mencabar Taliban dalam persaingannya.
“Seorang askar AS terbunuh ketika menyertai operasi ke atas ISIS-Khorasan di Nangarhar, Afghanistan,” Kapten Tentera Laut AS, Bill Salvin berkata dalam Twitter, merujuk kepada gabungan serantau kumpulan jihad.
Identiti askar tersebut yang maut lewat kelmarin itu tidak didedahkan.
“Bagi pihak semua Pasukan AS – Afghanistan, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan rakan kepada komrad terbabit,” kata Jeneral John Nicholson, komander atasan AS di Afghanistan berkata dalam satu kenyataan. – AFP