Askar India bunuh 3 rakan

NEW DELHI, 12 Jan – Seorang askar separa tentera daripada salah seorang unit keselamatan elit India menembak mati tiga rakan dan mencederakan yang lain hari ini dalam pertikaian jelas berhubung cuti, kata polis.

Askar Pasukan Keselamatan Industri Tengah (CISF) menembak sembarangan ke arah empat pegawai kanan di berek daerah Aurangabad, negeri Bihar timur India sebelum cuba untuk melarikan diri.

“Telah berlakunya beberapa pertikaian antara mangsa dan tertuduh sebelum dia melepaskan tembakan sembarangan. Dia cuba untuk melarikan diri namun ditangkap oleh rakannya,” kata ketua polis Satya Prakash Aurangabad kepada AFP.

“Kami tidak tahu apa sebenarnya yang membawa kepada penembakan itu namun dia amat sedih berhubung percutian.”

Semua mangsa tidak bersenjata dan tidak bertugas apabila insiden itu berlaku di kilang tenaga terma tempat mereka ditugaskan, kata Prakash. – AFP