Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Askar ‘mabuk’ bunuh 15 orang

    BUNIA, REPUBLIK DEMO-KRATIK CONG0, 19 APRIL – Dua askar Congo yang mabuk telah membunuh 15 orang dalam serangan berasingan di Republik Demokratik Congo, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Seorang askar ‘mabuk’ membunuh lapan penumpang dan mencederakan tujuh lagi kelmarin yang menaiki bot di Tasik Tanganyika, pentadbir kawasan Fizi di wilayah South-Kivu, Aime Kawaya Mutipula memberitahu AFP.

    “Dalam kalangan mangsa, kesemuanya adalah orang awam, lelaki, perempuan dan kanak-kanak,” katanya.

    Penyelaras kumpulan masyarakat sivil tempatan, Andre Byadunia terdahulu berkata askar itu telah ‘dipenjara’ dan menggesa ‘pihak berkuasa untuk membicarakan dan menghukumnya’.

    Pada Ahad, seorang lagi askar menembak mati seorang pengawal peribadi kolonel sebelum membunuh kolonel itu dan lima lagi orang awam di Bambu, wilayah Diugu, menurut pihak berkuasa tempatan yang diumumkan di wilayah Ituri.

    Penduduk kampung ‘terbangun pada awal Ahad selepas bunyi tembakan dan menyangka ia adalah satu serangan,” kata pegawai, Claude Mateso. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...