Askar Saudi terkorban di sempadan

RIYADH, 15 Jan – Pengeboman dari Yaman telah membunuh seorang askar Saudi di sempadan selatan kerajaan itu, menurut kementerian dalam negeri hari ini.

Pos Kawalan Sempadan di rantau Najran diserang pada jam 5 petang (1400 GMT) dari ‘pengeboman berat’ kelmarin, membunuh seorang koperal, kata kementerian itu. Pasukan tentera masuk campur untuk membantu pos Kawalan Sempadan berkenaan.

Koperal itu merupakan antara lebih 110 askar dan orang awam yang terbunuh di selatan Arab Saudi oleh serangan roket atau pertempuran kecil sejak pasukan gabungan diketuai Saudi memulakan operasi di Yaman hampir dua tahun lalu.

Bagi menyokong kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, perikatan itu memulakan serangan udara selepas pemberontak Huthi dan sekutu mereka menakluki bandar Sanaa dan bergerak ke bahagian lain di Yaman.

Sejak itu, lebih 7,400 orang telah terkorban di Yaman, di mana campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan tujuh gencatan senjata telah gagal untuk menghentikan pertempuran tersebut. – AFP