Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Assad temui pemimpin agung, presiden Iran

    TEHRAN, 8 MEI – Presiden Syria, Bashar al-Assad bertemu dengan pemimpin agung Iran, Ali Khamenei dan Presiden Ebrahim Raisi semasa lawatan ringkas ke Tehran hari ini, kata media kerajaan Iran.

    “Assad telah meninggalkan Iran selepas mesyuarat berasingan bersama pemimpin agung” dan presiden, kata laporan itu.

    Iran adalah sekutu utama Assad, menyokongnya bersama Rusia dalam perang saudara lebih sedekad lamanya di Syria.

    Tehran telah memberi sokongan kewangan dan tentera kepada rejim Assad semasa perang 11 tahun dan berkata ia telah mengerahkan tentera di Syria atas undangan Damsyik namun hanya sebagai penasihat.

    Hubungan antara Tehran dan Damsyik ‘sama-sama penting buat kedua-dua negara dan kami seharusnya tidak membiarkannya melemah,” kata Khamenei, menurut kenyataan dari laman webnya.

    “Kami perlu memperkukuhkannya sedapat yang mungkin.” – AFP

    Presiden Ebrahim Raisi (kanan) menerima lawatan Presiden Syria, Bashar al-Assad di bandar Tehran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...