Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aston Martin akan guna enjin Honda

    PARIS, 24 MEI – Aston Martin akan menggunakan enjin Honda mulai 2026 dalam apa yang dikatakan pasukan Formula Satu sebagai ‘bahagian terakhir teka-teki’.

    Ini merupakan kembalinya Honda ke F1 setelah meninggalkannya pada 2021 tetapi mereka masih terikat dengan Red Bull dan AlphaTauri.

    Kerjasama itu diumumkan hari ini menjelang perlumbaan Grand Prix Monaco hujung minggu ini dengan Aston Martin yang mengejutkan berada di tempat kedua hanya di belakang juara dunia, Red Bull.

    Kedudukan yang tinggi itu adalah hasil kerja keras bekas juara dua kali, Fernando Alonso yang telah menduduki podium dalam empat daripada lima perlumbaan musim ini ketika dia membuat perpindahan dari pasukan Alpine.

    Mengalu-alukan hubungan Honda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aston Martin Performance Technologies, Martin Whitmarsh berkata, “Kerjasama masa depan kami dengan Honda adalah salah satu bahagian terakhir teka-teki yang disediakan untuk rancangan Aston Martin dalam Formula Satu.”

    Aston Martin akan terus menggunakan unit tenaga Mercedes sehingga 2026 apabila terdapat perubahan besar dalam landskap teknikal F1.

    “Salah satu sebab utama keputusan kami untuk menyahut cabaran baharu dalam F1 ialah bentuk perlumbaan kemuncak dunia sedang berusaha untuk menjadi siri perlumbaan yang mampan, yang sejajar dengan hala tuju Honda ke arah neutraliti karbon,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe. – AFP

    Presiden Honda, Toshihiro Mibe (kiri) berjabat tangan dengan pengerusi eksekutif Aston Martin F1, Lawrence Stroll semasa sidang media di Tokyo, Jeopun, 24 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...