LONDON, 17 JAN – Aston Villa telah mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Colombia, Jhon Duran dari Chicago Fire dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai 18 juta pound.
Villa akan membayar wang pendahuluan 14.75 juta pound, ia mungkin meningkat disebabkan klausa tambahan dalam kontraknya.
“Aston Villa boleh mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai dengan Chicago Fire untuk perpindahan tetap penyerang berusia 19 tahun, Jhon Duran,” kata kenyataan daripada kelab Liga Perdana itu kelmarin.
“Perjanjian itu tertakluk kepada pemain lulus ujian perubatan, bersetuju dengan syarat peribadi dan mendapatkan visa kerja yang diperlukan.”
Duran menjaringkan lapan gol dan mnyumbang lima assist dalam 27 penampilan MLS untuk Chicago pada musim lalu.
Remaja itu, yang telah bermain tiga kali untuk Colombia, akan menjadi pemain kedua Villa pada Januari selepas ketibaan pemain pertahanan Real Betis, Alex Moreno. – AFP