AstraZeneca berusaha tambah vaksin di Asia Tenggara

BANGKOK, 25 JULAI – Syarikat farmaseutikal AstraZeneca berusaha menambah bekalan vaksin COVID-19 untuk Asia Tenggara yang kini terjejas teruk dilanda pandemik itu.

Syarikat kerjasama Britain dan Sweden, yang kini menghasilkan vaksin untuk Thailand dan negara jirannya, mengeluarkan kenyataan itu susulan kekurangan bekalan menyebabkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, dikritik hebat.

Mengikut terma perjanjian AstraZeneca dan Thailand, 180 juta dos vaksin dijadual dihasilkan, dengan satu pertiga dikhaskan buat pasaran tempatan manakala selebihnya bagi eksport.

Menurut wakil AstraZeneca di Thailand, James Teague, menjelang hujung bulan ini, 11.3 juta dos vaksin berkenan akan diagihkan di negara itu.

Namun, sehingga kini, eksport vaksin belum lagi dimulakan meskipun rantau itu berdepan penularan COVID-19 yang sangat bahaya.

“Vaksin AstraZeneca diagihkan secepat mungkin mengikut masa ditetapkan, namun dengan kehadiran varian Delta, kami tidak hanya menunggu bekalan vaksin tiba, sebaliknya berusaha mendapatkan bekalan tambahan.

“Kami juga memantau lebih 20 rantaian pembuatan dan bekalan di seluruh dunia untuk mendapatkan vaksin COVID-19 tambahan bagi Asia Tenggara termasuk Thailand,” kata melalui surat terbuka kepada penduduk Thailand. – AFP