ASX lebih moden dan sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Para media permotoran baru-baru ini dijemput untuk menguji pandu keluaran terbaru Mitusbishi ASX MY17 yang baru saja dilancarkan minggu lepas.

Semasa acara uji pandu itu, para media diberi taklimat mengenai teknikal kereta tersebut oleh salah seorang dari bahagian Pengajar Latihan dan Teknikal GHK, Awang Muhmmad Yusmar di Ding Tea Beverages, Beribi.

Mitsubishi ASX yang juga dikenali sebagai ASX MY17 memiliki penampilan sportif dan moden, namun masih memegang konsep penampilan ‘Dynamic Shield’ yang kini menampilkan bahagian depan kereta direka semula pada gril dan bampar dengan jalur-jalur berwarna krom. Ujian Pemanduan kereta tersebut bermula dari Ding Tea Beverages, Beribi menuju ke Lebuh raya Tungku Link mengambil masa satu jam untuk memahami sedikit sebanyak mengenai kemampuan ASX.

Memasuki ruang dalam kereta, menampilkan ruang yang luas dan selesa, tambahan lagi, Pelanggan kini boleh menikmati Mitsubishi dengan teknologi-teknologi terkini, antara yang dilengkapi di dalam ASX terbaru ini seperti skrin sentuh dengan pemain CD, soket USB, Bluetooth, Auto Dual A/C, fungsi kawalan Audio dari stereng dan punat Auto/Start Engine bagi memudahkan menghidupkan atau mematikan enjin dengan hanya menekan punat disediakan.

Semasa dalam perjalanan, pengendalian ASX tidak begitu berbeza dengan model sebelum ini yang masih memegang falsafah mudah pandu, bunyi senyap semasa dalam perjalanan dan memberi keselesaan sepenuhnya dengan teknologi-teknologi yang disediakan. Ruang bahagian kaki pun diubah menjadi lebih luas memberi pergerakan untuk kaki pemandu terutama semasa perjalanan jauh. Kereta ini sesuai untuk perjalanan jauh atau bersama seisi keluarga.

Mitsubishi ASX yang juga dikenali sebagai ASX MY17 memiliki penampilan sportif dan moden, namun masih memegang konsep penampilan ‘Dynamic Shield’ yang kini menampilkan bahagian depan kereta direka semula pada gril dan bampar dengan jalur-jalur berwarna krom.
Mitsubishi ASX yang juga dikenali sebagai ASX MY17 memiliki penampilan sportif dan moden, namun masih memegang konsep penampilan ‘Dynamic Shield’ yang kini menampilkan bahagian depan kereta direka semula pada gril dan bampar dengan jalur-jalur berwarna krom.
Ruang dalam ASX MY17 lebih luas dan ditambah dengan teknologi terkini.
Ruang dalam ASX MY17 lebih luas dan ditambah dengan teknologi terkini.

Ahli kakitangan GHK Motors turut menjelaskan bahawa kereta ini dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini termasuk Sistem Dual beg udara termasuk beg udara bagi lutut pemandu, sistem pengesan titik buta, sensor hujan, Sistem Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD), kamera undur dan sensor. Model terbaru ini juga dilengkapi dengan rangka badan yang lebih kuat yang boleh meningkatkan keselamatan penumpang yang dikenali sebagai Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).

ASX terbaru ini dikuasakan dengan enjin 2.0L MiVEC 4-silinder petrol digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik INVECS-III CVT direka khas untuk memberi kuasa prestasi yang baik sekaligus untuk keselesaan pemanduan model tersebut. Bagi orang ramai yang ingin menjalankan uji pandu, bolehlah datang terus ke Bilik Pameran GHK Motors di Beribi atau menghubungi 2423423 semasa waktu pejabat.