Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    At-Taqwa Travel Tours adakan pejabat terbuka

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – At-Taqwa Travel Tours hari ini mengadakan pejabat terbuka bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri bagi menghargai para klien-klien korporatnya yang berlangsung di pejabatnya, di Tungku link, di sini, petang ini.

    Mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang hadir ialah Pengarah Urusan At-Taqwa Travel Tours, Pengiran Haji Mohd Rosdimar bin Pengiran Haji Omarali bersama pegawai dan kakitangannya.

    Majlis pejabat terbuka ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah lama terjalin antara kedua-dua belah pihak di samping menghargai sokongan mereka yang berterusan.

    Seperti acara pejabat terbuka yang lain, acara tahunan ini menerima kedatangan para tetamu sambil dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati para tamu.

    Para tetamu dan warga At-Taqwa Travel Tours bergambar ramai semasa Majlis Pejabat Terbuka Aidilfitri.
    Para tetamu dan warga At-Taqwa Travel Tours bergambar ramai semasa Majlis Pejabat Terbuka Aidilfitri.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan