Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Atalanta atasi Sampdoria, kejar Juve

    BERGAMO, ITALI, 1 MAC – Atalanta mengatasi Sampdoria 4-0 awal kelmarin dalam aksi Serie A untuk terus mengejar Juventus dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara.

    Gol awal Mario Pasalic serta jaringan pada kedua-dua babak oleh Teun Koopmeiners dan penyudah lewat permainan Aleksei Miranchuk memastikan Atalanta kekal tiga mata di belakang Juve, yang berkedudukan keempat selepas kemenangan di Empoli Sabtu lalu.

    Skuad kendalian Gian Piero Gasperini masih ada satu perlawanan kurang yang jika dimenangi mereka, akan membolehkan kelab itu mengatasi Juve berdasarkan rekod antara pasukan itu.

    Gaya serangan dipamerkan di Stadium Gewiss memberikan Atalanta kemenangan kedua daripada lapan aksi Serie A tahun ini, menamatkan lima aksi liga tanpa kemenangan.

    Ia juga kemenangan liga pertama di laman sendiri sejak penghujung November, keempat di Bergamo sepanjang musim.

    Pasalic membuka jaringan dalam minit keenam dengan tandukan kencang yang gagal diselamatkan Wladimiro Falcone dalam gol Sampdoria.

    Pemain antarabangsa Croatia itu menjaringkan gol kesembilannya dalam liga pada musim ini selepas mengganti Ruslan Malinovskyi sejurus sebelum sepak bermula. – AFP

    Pemain Atalanta meraikan kemenangan selepas menewaskan Sampdoria di Stadium Azzuri d’Italia di Bergamo pada 28 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...