VALENCIA, 11 MAC – Perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung di stadium yang kosong kelmarin menunjukkan keputusan yang mengejutkan apabila pemain Atalanta, Josip Ilicic mencetak empat gol dalam kemenangan 4-3 ke atas Valencia, sekali gus mencatatkan agregat 8-4 di perlawanan kelompok 16 akhir tersebut.
Perlawanan di dalam Stadium Mestalla merupakan pertandingan yang pertama berlangsung dengan pintu tertutup akibat penularan wabak COVID-19, dengan 55,000 tempat duduk kosong yang mewujudkan suasana suram tidak mendorong Valencia untuk kembali bangkit.
Tugas mereka untuk mengejar kembali selepas kekalahan 4-1 di perlawanan pusingan pertama di Itali dan harapan mereka musnah dalam masa 90 saat apabila Mouctar Diakhaby dibolosi melalui dua sepakan penalti pada separuh masa pertama perlawanan, masing-masing dijaringkan oleh Ilicic. – AFP
