Atalanta sahut cabaran singkirkan PSG

MILAN, 11 OGOS – Atalanta yang akan mencabar Paris Saint-Germain dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara esok dengan penampilan sulung kelab Itali itu memberikan kejutan di Lisbon.

Juara Serie A, Juventus dan Napoli, kedua-duanya tersingkir di pusingan 16 terakhir, meninggalkan Atalanta menjadi harapan dari kelab Itali untuk menjulang trofi Eropah sejak kejayaan Inter Milan pada 2010.

PSG tidak akan turun beraksi bersama pemain bintang mereka, Kylian Mbappe, tetapi Atalanta akan turut kehilangan penjaring terbanyak mereka, Josip Illicic, yang setakat ini telah menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan, termasuk lima gol dalam Liga Juara-Juara.

“Kami sangat merindui Illicic,” kata jurulatih, Gian Piero Gasperini.

“Ia adalah musim ini. Sejak Februari, dia adalah pemain utama kami di bahagian hadapan.”

Pemain Slovenia berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi yang mengagumkan sehingga wabak koronavirus melanda Itali dan terutamanya bandar Bergamo, di mana pada satu ketika pasukan tentera telah diarahkan untuk mengambil papan keranda dari tempat tersebut kerana rumah mayat setempat tidak mampu untuk menampun angka kematian akibat virus.

Illcic merasa kecewa dengan kesusahan peribadi dan psikologi dan telah diketepikan dari pasukan pada perlawanan terakhir musim ini.

Tetapi kehebatan Atalanta telah menunjukkan beberapa orang pemain memberikan sumbangan dengan mencatat 118 gol secara keseluruhan.

Pemain Colombia, Duvan Zapata dan Luis Muriel, masing-masing mencatat 19 gol secara keseluruhan, dengan Mario Pasalic menjaringkan 11 gol, Papu Gomez meledak lapan gol dan Ruslan Malinovskyi menjaringkan sembilan gol. – AFP