Atap rumah dihempap pokok tarap

Oleh Salawati Haji Yahya

TEMBURONG, 3 OKT – Sepohon pokok tarap sepanjang 30 meter dan berukuran 60 garis pusat telah menghempap atap sebuah rumah milik warga tempatan di kawasan Kampung Ujung Jalan di sini, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), dalam kejadian itu, pokok berkenaan menghempap atap bilik tidur rumah berkenaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kenyataan menyatakan, sebaik menerima panggilan, tiga orang anggota Pasukan C Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 629 Haji Mohd Yusra bin Haji Yussof.

Turut dihadir di tempat kejadian,SO Jamaludin bin Ahmad stesen komander Balai Bomba Bangar dan ASO Ahmad bin Haji Kassim.

Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan dua gergaji rantai.

Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai supaya tidak menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut. Walaupun pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan, tetapi ia juga boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang boleh merebahi rumah semasa cuaca tidak menentu.

Anggota bomba berusaha untuk memotong pokok tarap berkenaan.