Athens komited terus padam kebakaran

ATHENS, 15 SEPT – Satu pasukan terdiri lebih daripada 160 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran besar berhampiran Athens yang memasuki hari kedua, di tengah-tengah angin bertiup kencang, kata pegawai bomba hari ini.

Katanya, kebakaran berlaku di atas gunung Loutraki, sebuah pusat peranginan pantai yang terletak kira-kira 62 kilometer dari barat Athens.

“Kebakaran hutan berlaku di puncak pergunungan.

“Kami sedang cuba mencipta satu garisan sempadan, tetapi laluannya sangat sukar selain mempunyai banyak gaung,” kata timbalan ketua operasi bomba, Stefanos Kolokouris memberitahu TV ERT.

Menurut agensi berita awam, ANA, empat pesawat pemadam kebakaran dan enam helikopter terbabit dalam operasi itu.

Setakat ini, anggota bomba sudah pun memindahkan 50 orang dari gereja berhampiran sejurus kebakaran yang berlaku semalam. – AFP