Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Atlet angkat berat gagal ujian doping sebabkan penggantungan

    JOHOR BAHRU, 13 SEPT – Mana-mana atlet angkat berat yang gagal ujian doping menjelang Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 pada Jumaat ini, akan menyebabkan semua penyertaan persatuan angkat berat negeri terlibat pada temasya itu digantung.

    Amaran keras oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) itu dibuat supaya tiada atlet angkat berat terjebak dengan penyalahgunaan barangan terlarang. Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat berkata persekutuan itu memandang serius isu berkenaan dan tidak mahu terpalit lagi seperti yang berlaku pada Sukma edisi ke-19 di Perak apabila dua atlet angkat berat gagal saringan ujian doping sekali gus mencemarkan imej sukan angkat berat. 

    “Dalam sehari dua ini ujian doping akan keluar. Jika ada mana-mana atlet yang didapati gagal ujian tersebut, maka PABM akan menggantung penyertaan persatuan dari negeri terlibat untuk Sukma kali ini.

    “Jangan cemar imej negeri yang anda wakili. PABM akan bertindak tegas sekiranya perkara ini berulang dan tidak berkompromi sekiranya ada mana-mana atlet yang mengambil bahan larangan. Bersukanlah dengan sehabis baik, buktikan yang anda ‘badang’ negara yang bersih,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...