Atlet angkat berat Romania hilang pingat

LAUSANNE, 26 NOV – Tiga atlet angkat berat Romania, termasuk dua pemenang pingat hari ini dilarang daripada menyertai Olimpik London 2012 setelah terbukti sampel air kencing mereka dicemari bahan terlarang, kata IOC.

Atlet angkat berat tersebut ialah Razvan Martin, pemenang pingat gangsa dalam kategori 69kg lelaki, Roxana Cocos, pemenang pingat perak kategori 69kg wanita, dan Gabriel Sincraian, peserta kategori 85kg lelaki, kata IOC.

Analisis semula daripada sampel Martin menunjukkan ia positif mengandungi bahan terlarang iaitu dehydrochlormethyltestosteron, metenolone dan stanozolol.

Cocos dan Sincraian kedua-duanya positif metenolone dan stanozolol.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menyimpan sampel sejak Sukan Olimpik di Athens pada 2004 dan telah menganalisisnya semula secara sistematik.

Gambar fail pada 31 Julai 2012 menunjukkan aksi Razvan Constantin Martin dari Romania semasa pertandingan angkat berat 69 kg lelaki, di Sukan Olimpik 2012, di London. Dua atlet angkat berat Romania telah kehilangan pingat Olimpik London 2012 kerana didapati positif steroid. – AP

Sembilan atlet angkat berat lain dari Sukan Olimpik London, termasuk enam pemenang pingat, telah disingkirkan.

Dalam kategori 105kg, Navab Nasirshelal dari Iran yang memenangi pingat emas disingkirkan tahun lalu oleh Oleksiy Torokhtiy dari Ukraine dan Ivan Efremov dianugerahkan pingat gangsa.

Kategori 56kg, Quoc Toan Tran dari Vietnam meraih pingat gangsa setelah atlet Azerbaijan, Valentin Hristov menerima hukuman.

Sukan angkat berat baru-baru ini bergolak sejak sebuah dokumentari pada Januari lalu oleh saluran TV Jerman ARD mendedahkan apa yang digambarkannya sebagai ‘budaya rasuah’ dalam sukan itu dengan penggunaan dadah.

Tamas Ajan, 81, ketua IWF dari Hungaria selama 20 tahun telah berkhidmat sebagai setiausaha agung, menolak tuduhan itu sebagai pembohongan sebelum didesak untuk mengundurkan diri pada bulan April.

Menurut dokumentari itu, hingga tahun 2017 sukan angkat berat dikecualikan dari ujian dadah, dan hasil ujian diubah untuk tujuan rasuah. – AFP