Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Atlet angkat berat tempatan tampil dalam penyiar berita terkenal

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Atlet angkat berat tempatan Syuhaidah Aiman baru-baru ini mendapat perhatian antarabangsa selepas ditampilkan dalam penyiaran berita terkenal, BBC berikutan peningkatan dalam sukan tersebut dari universiti untuk mewakili negara di peringkat global.

Atlet berusia 26 tahun itu memperoleh kejayaan besar selepas dipilih mewakili Negara Brunei Darussalam pada kelayakan Sukan Komanwel 2022 walaupun tidak mempunyai pengalaman awal semasa permulaan penggal universiti.

Dia memilih sukan itu semasa belajar di Universiti Loughborough di Leicestershire.

Syuhaidah memberitahu BBC, “Saya menyertai sukan asing sepenuhnya pada tahun akhir saya.”

Atlet angkat berat negara itu mempelajari kejuruteraan seni bina pada 2016 sebelum mengambil ijazah sarjana, di mana dia menamatkan pengajian tahun lepas.

Aksi Syuhaidah Aiman semasa menyertai pertandingan angkat berat.– Gambar serahan Universiti Loughborough

Bagaimanapun, kehidupan universiti terbukti sangat mencabar yang akhirnya membawa kepada Syuhaidah memilih sukan angkat berat pada tahun terakhirnya.

Dia menambah, “Saya tidak pasti dengan apa yang saya mahukan untuk diri saya sendiri.

“Saya juga sangat takut dengan masa depan saya dan sentiasa berasa seperti saya tidak pernah cukup baik.

“Saya tahu saya memerlukan minat atau aktiviti yang sihat,” katanya.

Syuhaidah, yang hanya menonton sukan itu di TV, mendapat kejayaan apabila memenangi tempat mewakili universitinya dalam kategori bawah 49 kilogram.

Terbaharu, Syuhaidah kerap bertanding dan dilatih oleh jurulatih Olimpik, Julius Naranjo.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -