Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Atlet angkat berat uji kemampuan di SBD Static Meet 2023

    Oleh Nurdiyanah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Dalam usaha memperkasakan sukan angkat berat tempatan, Strengthhub.bn telah menganjurkan perlawanan SBD Static Meet 2023 di Ironstreet Gym, Berakas, baru-baru ini.

    Acara tersebut turut menerima tajaan daripada SBD Brunei, JCMB Fitness, RPE-7 dan Beast Mode Brunei. Acara berkenaan melibatkan enam orang atlet secara keseluruhannya yang mengikuti beberapa kategori pertandingan, antaranya kategori Log Lift (Max Lift), kategori 230kg Axle Tyre Deadlift (Max Rep), dan kategori 80kg Sandbag to shoulder (Max Rep).

    Menerusi keputusan pertandingan berkenaan, tempat pertama disandang oleh Waiz Daud diikuti dengan Hamizan dan Aslin. Manakala Fauzi dan Zainul Ariffin menduduki tempat keempat dan kelima.

    Dengan adanya pertandingan sedemikian, diharap ia mampu menyerlahkan lagi bakat-bakat atlet angkat berat tempatan sekaligus membuka minda dan keyakinan golongan belia yang lain untuk berani tampil bergerak aktif menceburi sukan berkenaan pada masa akan datang.

    Antara peserta yang memenangi perlawanan SBD Static Meet 2023 di Ironstreet Gym, Berakas, baru-baru ini. – Gambar serahan Strengthhub.bn
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...