Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Atlet bobsled AS disahkan positif koronavirus

    AMERIKA SYARIKAT, 27 JAN – Atlet bobsled Olimpik dari Amerika Syarikat (AS), Josh Williamson telah diuji positif COVID-19 dan tidak akan menyertai rakan pasukannya ke China pada hari ini, walaupun dia masih berharap untuk tiba tepat pada masanya untuk Sukan Beijing.

    Williamson, dijangka menjadi sebahagian daripada pasukan empat-orang AS-1 di Beijing nanti, telah diuji positif pada Ahad lalu dan mendedahkan statusnya kelmarin. Dia telah menghabiskan masa beberapa hari di Pusat Latihan Chula Vista Elite Athlete, iaitu tapak latihan untuk atlet Olimpik AS dan Paralimpik di Selatan California, bersama-sama dengan atlet lain yang akan menyertai sukan bobsled dan pasukan skeleton di Beijing.

    “Ini bukanlah pil yang mudah untuk ditelan,” kata Williamson. “Saya berasa sangat tidak berdaya sepanjang proses ini, tetapi saya juga mendapati diri saya ketawa melihat situasi yang saya hadapi. Bukankah ironis bahawa selepas empat tahun bekerja keras, apa yang perlu dilakukan ialah duduk, berehat, sembuh dan mempunyai keyakinan? Perkara yang paling sukar saya lakukan.”

    Dia perlu kembali dengan beberapa ujian negatif sebelum dia dibenarkan untuk menyertai pasukannya ke China, dan semua atlet yang tiba di Beijing untuk menyertai sukan Olimpik mestilah mendapat ujian negatif sekali lagi. Dia mempunyai masa, memandangkan latihan rasmi untuk bobsled empat-orang di Pusat Gelongsor Yanqing di utara Beijing tidak akan bermula sehingga 16 Februari.

    Tetapi sementara berlatih di Chula Vista, kerisauan tentang ujian positif ini apabila dekat dengan Sukan Olimpik jelas di fikirannya. – AP

    Aksi pasukan Hunter Church dari AS semasa Piala dunia 4-Bob di St. Moritz, 16 Januari lalu. Josh Williamson diuji positif COVID-19 dan tidak akan menyertai rakan pasukannya ke China, walaupun masih berharap untuk tiba tepat pada masanya untuk Sukan Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...