Atlet Brunei raih tempat ke-3

LABUAN, 8 MAC – Mohd Nor Risman Ismail telah mengharumkan nama negara selepas berjaya meraih tempat ketiga Duatlon Labuan Kelima (DLU) 2020.

Manakala atlet sukan ekstrem Malaysia menjuarai kejohanan itu dengan memenangi empat daripada enam kategori yang dipertandingkan hari ini.

Atlet Malayasia itu, anggota tentera (ATM Melaka) berusia 32 tahun dari Miri dan pelari jarak jauh,  Mohd Feldarus Abdul Rahman menjuarai Lelaki Terbuka Kumpulan A, dan rakan satu kem beliau Mohd Zuhar Ismail  memenangi tempat kedua.

Atlet ekstrem veteran Sabah dan Juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 1994 Guianus Salagan menjuarai kategori Lelaki Veteran Kumpulan C, sementara  Yamin Ali dan Yusof Tungkob kedua-duanya dari Sabah masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Duatlon merupakan sukan yang terdiri daripada larian yang diikuti dengan berbasikal dan disudahi dengan satu lagi acara larian.

Seorang atlet triathlon berusia 40 tahun dari Gua Musang, Kelantan, Shahrom Abdullah memperoleh satu lagi  anugerah tahun ini, menjuarai Lelaki Veteran Junior Kumpulan D, atlet maraton Sabah dari Keningau, Jusery Gani di tempat kedua sementara  penyudah terbaik dari Sabah dalam Ironman Langkawi 2019, Yatim Zainal di tempat ketiga.

Acara Berganti-ganti Campuran – Kumpulan F juga dijuarai pelari dan pelumba basikal Malaysia –   Marlin Hing William (pelari) and Mohd Ridzuan Janawati (pelumba basikal) diikuti di tempat kedua oleh  Madeliene See Li Chie (pelari) dan Jasni Mohd Kassim (pelumba basikal) sementara tempat ketiga dimenangi pelari Malaysia Elvina Jimin yang berpasangan dengan Yusuf Ngongoloy, pelumba basikal dari Indonesia. – Bernama