Atlet dengan kecacatan intelektual rasa tersisih di Paralimpik

TOKYO, 1 SEPT – Atlet dengan kecacatan intelektual merasa sedikit ketinggalan di Paralimpik, dengan hanya tiga sukan di Tokyo terbuka untuk mereka.

Namun, ia masih lebih banyak berbanding Sukan Musim Sejuk di Beijing nanti, apabila tidak ada satu pun sukan yang tersedia untuk atlet mempunyai masalah intelektual.

Walaupun terdapat perkembangan pergerakan di Paralimpik, ruang yang tersedia untuk mereka tetap agak terhad walaupun dalam sukan yang layak.

Mereka termasuk ibu bapa Mikel Garcia, atlet Sepanyol yang mempunyai down sindrom dan kelas olah raga tidak ada di Paralimpik.

Pasangan itu telah menganjurkan petisyen dengan lebih daripada 100,000 tandatangan yang meminta lebih banyak penyertaan pesaing dengan kecacatan intelektual di Paralimpik.

“Anak kami Mikel diisytiharkan sebagai juara olah raga dunia di Brisbane, Australia pada tahun 2019. Dia memenangi acara 400, 800 dan 1500m,” jelas petisyen itu. – AFP